Menjawab bidasan DS Khaled, Naib Presiden UMNO terhadap Exco ARMADA, saudara Muzammil.
(3/11/2019)
Saya kenali Datuk Seri dari dahulu sebagai seorang yang peramah & menghormati pandangan anak muda.
Perbezaan politik tidak sama sekali memutuskan silaturrahim. Izinkan anak muda ini menjawab tulisan Datuk Seri.
“UMNO sudah berubah”
Kalau sudah berubah mengapa masih dipimpin orang sama?
Presiden UMNO-BN, DS Zahid Hamidi.
Penasihat tertinggi BN, DS Najib Razak.
Bersama diselimuti ~100 tuduhan rasuah, pecah amanah & salah guna kuasa. Adakah Ds Najib & Ds Zahid jawapan kepada “pembahruan & perubahan tersusun” yang dimaksudkan?
Mana rasa tanggungjawab kepimpinan lepas kepada kerosakan yang dirasai sampai hari ini.
Mana permohonan maaf?
Malangnya, bukan sahaja berdiam diri, tetapi terus menyokong “BossMu” yang merosakkan imej “integriti” orang Melayu.
Saya orang Melayu. Saya tidak sama sekali mahukan bangsa saya dikaitkan dengan rasuah & salah guna kuasa.
Bangsa saya, bangsa yang berjaya. Bangsa yang beramanah & bermaruah!
“Budak mentah BERSATU”
Budak mentah BERSATU lah yang sanggup hilang kerja, hilang jawatan, hilang kontrak, keluarga diugut & cubaan disogok untuk mengkhianati perjuangan bangsa.
BERSATU dilahirkan dalam kesusahan, bukan kesenangan.
BERSATU digerakkan pejuang, bukan petualang.
Perjuangan kami belum selesai.
Perjuangan kami bukan untuk jawatan & kuasa, tetapi untuk Malaysia yang tercinta.
“Agenda DAP dalam HARAPAN”
Dulu UMNO kata HARAPAN menang UITM-MARA ditutup.
Dulu UMNO kata HARAPAN menang Tabung Haji ditutup.
Dulu UMNO kata HARAPAN menang FELDA ditutup.
Realitinya? UMNO menipu.
Peruntukkan Institusi Bumiputra meningkat ke RM8 bilion.
Peruntukkan Islam meningkat ke RM1.3 bilion.
Institusi Bumiputra & Islam masih kekal di Malaysia & kerosakan yang dilakukan dahulu, terus dipulih oleh kerajaan HARAPAN.
Siapa yang merosakkan institusi Bumiputra seperti MARA, Tabung Haji & FELDA?
Siapa yang merosakkan imej orang Melayu melalui 1MDB?
DAP ATAU 2 BOSS kepada Datuk Seri Khaled yang masih mengepalai UMNO & Barisan Nasional?
Jawapan ini sahaja akan membuka mata kita.
Moga Allah swt sentiasa memberkati usaha kita untuk membangunkan negara & bangsa.
*Syed Saddiq*